Siapa Muhammad (Bahagian 3) – Muhammad di Mekah

Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi (s.a.w.) adalah di gua Hiraa’ tempat beliau beribadat. Jibrail datang kepadanya dan mengarahnya untuk membaca . Nabi (s.a.w.) berkata ” Saya tidak boleh membaca”. Insiden ini berulang sebanyak tiga kali.

Surah Al Alaq 96:1-3
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, –
Nabi kemudian pulang ke rumahnya dengan hati yang berdebar-debar. Beliau berjumpa Khadeeja dan memberitahu apa yang berlaku seraya berkata ” Saya amat takut ‘. Isterinya menenangkannya dan berkata ” Demi Tuhan, Dia takkan mengecewakan kamu , kerana kamu melanjutkan silaturahim, menolong yang lemah, memuliakan tetamu , memberi kebajikan dan memberi bantuan di kala ada musibah.”

Kemudian mereka mengunjungi sepupu mereka Waraqah ibn Nawfal, yang menjadi Kristian. Apabila Nabi mewartakan apa yang sudah berlaku , beliau mengabarkan berita baik bahawa inilah syariat yang dikirimkan oleh Nabi Musa. Beliau menyuruhnya bersabar di kala pengikutnya mengujinya dan mengusirnya. Kemudian ilham berhenti sementara dan nabi merasa sedih kerannya.

Kemudian tatkala beliau berjalan suatu hari,  beliau nampak malaikat itu sekali lagi di antara langit dan bumi. Beliau masuk ke dalam rumah dan melitupi badannya dengan selimut. Kemudian tuhan berfirman dengan berkata:

Surah Mudahaththir 74:1-2

Wahai orang yang berselimut!

Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).

Selepas itu ayat demi ayat menimpa nabi Muhammad berduyun-duyun.

Nabi tinggal di Mekah selama 13 tahun. Menyeru kembali mengesakan tuhan, secara sembunyi kemudian secara terbuka. Apabila tuhan memerintahnya untuk menyebarkan yang benar. JAdi beliau menyeru dengan baik, lembut tanpa bergaduh. Beliau memanggil kepada bani ummatnya, saudara-mara terdekat , kemudian orang sekelilingnya. Kemudian diikuti orang Arab dan manusia sekalian alam. Kemudian Allah berfirman:

Surah Al Hijr 15:94

Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.

Beberapa orang, yang elit, yang lemah, yang miskin, lelaki serta perempuan meyakininya. Kesemua mereka dianiayai. Ada yang diseksa dan ada yang dibunuh. Segelintir lari ke Abbysinia dari Bani Quraish kemudian ada yang masih dianiayai lagi bersam Nabi s.a.w. sehinggalah tuhan menyebabkan agamanya diberi kemenangan.

Apabila beliau menyingkap umur lima puluh dan sepuluh tahun sudah berlalu Pakciknya Abu Talib meninggal dunia. Kemudian isterinya yang sering menenangkan hatinya meninggal dan penindasan terhadap mereka makin meningkat. Mereka menghasut dan menindas dengan pelbagai cara namun beliau menyabarinya dengan memohon redha dari Allah.

Apabila penindasan puak quraish makin sengit Nabi ke al-Taif dan berdakwah kepada mereka untuk memeluk Islam tapi mereka tidak bekerja-sama. Di sebaliknya mereka memakinya dan membaling batu kepadanya dan tumitnya berdarah. Beliau pulang ke Mekah dan memanggil manusia ke Islam sewaktu musim Haji dan di ketika lain juga.

Kemudian tuhan mengisrakkan nabinya ke malam lailatulqadar dari Masjid al-Haraam ke Masjid al-Aqsa (di Jerusalem) menaiki al-Buraaq di samping malaikat Jibrail .Jibrail berhenti dan mengimami nabi dalam solat kemudian dia membawa Nabi dari langit terendah di mana Nabi s.a.w. nampak nabi Adam dan juga jiwa yang diredhai tuhan di sebelah kanan sementara jiwa-jiwa yang dilaknati tuhan di sebelah kiri.

Kemudian beliau dibawa ke langit kedua dan nampak nabi Isa dan Nabi Yahya; Kemudian ke langit ketiga di mana beliau melihat nabi Yusof; kemudian beliau ke langit ke empat di mana beliau melihat Nabi Idris; Kemudian di langit ke lima beliau nampak nabi Harun; kemudian di langit ke enam beliau nampak nabi Musa dan akhir sekali di langit ke tujuh beliau nampak nabi Ibrahim.

Kemudian beliau dibawa ke pohon sidratul muntaha di mana perintah menunaikan solat sebanyak 50 kali dimaktubkan.

Namun ia dikurangkan ke lima kali sehari dengan imbalan lima puluh, dan disahihkan menjadi lima kali setiap malam dan siang untuk umat nabi Muhammad s.a.w. Kemudian beliau pulang ke Mekah sebelum fajar dan mewartakan mereka apa yang berlaku.

Orang yang beriman meyakininya tetapi yang kufur  menolak cerita tersebut.

Surah Al-‘Isra’ 17:1
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.