Siapa Muhammad (Bahagian 2) – Latar Belakang Muhammad

Rasul kepada Allah ialah Muhammad ibn Abd-Allaah ibn Abd al-Muttalib al-Haashimi al-Qurashi. Beliau dilahirkan di Mekah pada tahun gajah tahun di mana tentera  datang untuk memusnahkan Ka’abah. Namun tuhan memusnahkan mereka.

Ayahnya meninggal sebelum beliau dilahirkan dan selepas dilahirkan beliau disusui oleh Haleemah al-Sa’diyyah. Sewaktu berusia 6 tahun beliau melawati pamannya di Madinah dengan ibunya Aminah bint Wahb. Sewaktu pulang ibunya meninggal di al-Abwaa’.

Seterusnya datuknya ‘Abd al-Muttalib menjadi penjaganya. Akan tetapi ‘Abd al-Mutallib meninggal ketika Muhammad berusia 8 tahun. Kemudian pamannya Abu Talib menjadi penjaganya.

Pamannya menjaganya dan berbuat baik serta melindunginya untuk tempoh leih daripada empat puluh tahun. Akan tetapi bila Abu Talib meinggal beliau masih tidak mengimani kepada agama yang dibawa oleh Muhammad kerana takut dilaknati bani Quraisy lantaran meninggalkan agama yang dianuti oleh mereka turun temurun.

Ketika berusia remaja Muhammad menjaga biri-biri untuk penduduk di Mekah. Kemudian beliau pergi ke negeri Syam untuk berniaga bagi pihak Khadeejah bint Khuwaylid. Beliau membuat untung yang banyak. Khadeejah terpesona dengan peribadinya, kejujurannya dan ketelusannya jadi beliau mengahwininya sewaktu berumur dua puluh lima dan dia, empat puluh.Muhammad tidak mengahwini wanita lain selain  daripadanya sehinggalah beliau meninggal.

Tuhan membuat Muhammad membesar dengan peribadi yang amat baik dan tuhan memeliharanya. Jadi beliau merupakan manusia yang terbaik dari segi fizikal mahupun akhlak. Beliau seorang yang paling pemurah, paling sabar, paling benar, paling ikhlas, paling jujur, jadi masyarakat memanggilnya dengan gelaran al-Ameen (yang dipercayai).

Beliau makin suka menyendiri , jadi beliau akan menghabiskan banyak hari dan malam bersendirian di gua Hiraa’ menyembah dan bersembahyang kepada tuhan. Beliau benci berhala, arak dan aktiviti bebas sosial dan tidak mengendahkannya dalam kehidupannya.

Apabila umurnya mencapai usia tiga puluh lima tahun beliau mengambil bahagian dalam pembinaan Ka’abah yang rosak kerana banjir. Pertelingkahan terjadi berkenaan siapa yang patut meletakkan batu hajarul Aswad di tempat asalnya dan mereka melantiknya menjadi orang tengah untuk merungkaikan permasalahan . Beliau mengarah satu kain dibentangkan dan mengarah agar batu itu diletakkan di tengah dan mengarah setiap ketua bani masing-masing memegang kain tersebut agar mereka boleh menangkat kain itu masing-masing. Kemudian Muhammad meletakkannya di tempat asalnya dengan dikelilingi batu serta mortar.

Penganut zaman jahiliyah memiliki beberapa ciri-ciri baik seperti pemurah, setia dan berani. Mereka dahulu mengikuti ajaran Ibrahim seperti menghormati Kaabah dan tawaf  mengelilinginya sewaktu Hajji dan ‘Umrah. Mereka juga mempersembahkan binatang korban. Namun di samping itu mereka memiliki tabiat yang tidak baik seperti berzina, memakan riba, membunuh bayi perempuan dan menyembah berhala.

Yang pertama merubah ajaran Ibrahim dan mengajak kepada menyembah berhala ialah ‘Amr ibn Luhayy al-Khuzaa’i. Beliau yang membawa masuk berhala ke Mekah dan beberapa tempat lain dan mengajak manusia menyembahnya. Di antara berhalanya ialah Wudd, Suwaa’, Yaghooth, Ya’ooq dan Nasra.

Kemudian hari orang Arab menyembah berhala lain seperti Manaat di tempat yang dipanggil Qadeed dan al-Laat di al-Taa’if, al-‘Uzza di wadi Nakhlah , Hubal di dalam Ka’bah serta beberapa berhala di sekitar Ka’bah dan juga berhala di dalam rumah mereka. Mereka suka merujuk pak nujum, dan bomoh untuk menjadi hakim mereka.

Apabila syirk  menjadi makin meluas, tuhan mengutus Muhammad s.a.w. sewaktu beliau berusia empat puluh untuk memanggil manusia untuk menyembah tuhan yang satu sahaja dan untuk meninggalkan penyembahan berhala. Bani Quraisyh mengutuknya dengan keras dan berkata:

Surat Sad 38:5

” Patutkah ia menafikan tuhan-tuhan yang berbilang itu dengan mengatakan: Tuhan hanya Satu? Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang menakjubkan!”

Berhala ini terus disembahsehinggalah tuhan menghantar pengutusnya Muhammad s.a.w. dengan mesej keesaan tuhan. Jadi beliau dan sahabat-sahabtanya menghapuskan kebatilan dan kebenaran menjadi nyata dan kedustaan dimusnahkan.

Surat ‘Al – ‘Isra’ 17:81
Dan katakanlah:” Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.