Quran dan Hadith Tiru Embriologi Yunani

Kita telah menjelaskan bahawa apa yang ditemukan dalam Quran bukannya sains. Mari lihat jika al-Quran mahupun Hadith telah meniru teks-teks yang wujud pada masa itu. Aristotle (384 BCE – 322 BCE) dan Claudius Galenus (129 CE – 200 CE; lebih dikenali sebagai Galen) adalah doctor-doktor yang ternama dalam era masing-masing.

Teori Galen telah mempengaruhi perubatan Barat lebih dari 1000 tahun. Galen merupakan salah satu pengkaji perubatan yang paling tersohor pada zaman dahulu kala. Galen mengkaji haiwan dengan membedah mereka,; Haiwan yang paling banyak dikaji ialah babi atau khinzir (Galen berkata bahawa ianya “haiwan yang paling serupa dengan manusia”)[1] dan monyet.

Dia telah mengkaji proses dalaman binatang-binatang ini. Hal ini demikian telah membawanya kepada beberapa penemuan baru, seperti air kencing bukannya terhasil dalam pundi kencing, tetapi sebenarnya air kencing disalurkan ke dalam pundi kencing melalui ureter. Galen juga telah membawa beberapa perkara pelik dalam kajiannya.

Galen berkata bahawa darah ditapis dalam otak dan proses ini telah menyebabkan terhasilnya air liur, air mata, lendir dan peluh. Galen percaya bahawa manusia terjadi hasil daripada cantuman air mani lelaki dan air mani perempuan.

Walau bagaimanapun, dalam al-Quran, telah dijelaskan dan dibezakan antara air mani dan sperma dalam ayat berikut:

Bukankah ia[sperma] berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?
[75:37]

Perkataan untuk sperma yang digunakan dalam al-Quran ialah “nutfah“.”Nutfah” boleh dijelaskan maksudnya melalui analogi berikut; Satu baldi yang penuh dengan air, dituang sehingga habis dan sisa-sisa air dalam baldi tersebut ialah ”nutfah”. Dalam erti kata yang lain, ”nutfah” membawa maksud sejumlah cecair yang sedikit dari kuantiti yang banyak. Hal ini menunjukkan bahawa al-Quran dan Galen mempunyai pandangan yang berbeza dalam aspek persenyawaan embrio manusia. Embriologi Yunani mengatakan air mani ialah punca kejadian manusia manakala al-Quran pula mengatakan bahawa sperma merupakan puncanya.

Hanya dengan satu perbandingan linguistik yang mudah, Aristotle dan Galen telah dibuktikan salah. Al-Quran mengatakan dengan spesifik bahawa spermalah yang bertanggungjawab dalam pembentukan manusia;bukan hanya sekali, bahkan banyak kali dalam ayat-ayat yang lain.

Dalam Hadith pula, istilah nutfah juga dirujuk sebagai telur(ovum) perempuan:
Sahih Muslim Jilid 3, Hadith 614

 Aku datang hendak menanyakan ( masalah kelahiran ) anak .”
Rasulullah.s.a.w bersabda: “Air mani lelaki berwarna putih dan air mani perempuan berwarna kekuning-kuningan. Apabila keduanya bertemu, maka, jika mani lelaki lebih unggul dari mani perempuan, akan lahir dari perempuan itu anak lelaki. Dan jika mani perempuan yang lebih unggul dari mani lelaki, akan lahir anak perempuan dengan izin Allah.”

Nutfah dalam hal ini merujuk kepada telur(ovum)  perempuan. Nutfah boleh bermaksud satu ekstrak ataupun setitik. Kedua-duanya adalah betul dari segi maksud istilah tersebut. Hanya terdapat satu ovum pada lazimnya, maka sesuailah dengan definisi setitik tersebut. Bagi melahirkan anak lelaki, sperma dengan kromosom Y yang perlu mensenyawakan ovum tersebut. Jika sperma itu mengandungi kromosom X pula anak perempuan akan dilahirkan.

Kromosom Y yang membawa kandungan genetik lelaki dan kromosom X membawa kandungan genetik perempuan. Bagaimanakah seseorang yang tinggal di sebuah padang pasir pada 1400 tahun yang lepas boleh tahu semua ini. Jika kita andaikan bahawa baginda S.A.W silap dalam bahagian kromosom itu, bagaimanakah baginda dapat mengetahui apakah warna ovum?

Ovum emerging from the follicle

Ovum emerging from the follicle

Kita dapat lihat dari gambar-gambar di atas, warna ovum ialah jingga kekuningan. Tidakkah perkara tersebut menarik? Berdasarkan rujukan yang dibuat kepada al-Quran dan hadith, telah jelas bahawa Galen membawa pandangan yang sangat berbeza. Sperma masih tidak lagi diketahui pada masa itu bahkan kedua-dua orang tersebut (Aristotle dan Galen) mengatakan bahawa air mani semata-mata merupakan punca kejadian manusia.

Aristotle pula mengatakan bahawa air mani yang bercampur dengan darah haid merupakan punca kejadian manusia.

“Aristotle mengatakan bahawa kaum perempuan tidak mempunyai air mani, tetapi sumbangan seorang perempuan terhadap keturunannya hanyalah dalam bentuk nutrisi darah haid iaitu intipati sesebuah generasi.[5]”

Hal ini demikian secara jelasnya tidak sama dengan apa yang disebut dalam al-Quran mahupun Hadith. Yang lebih mencurigakan lagi ialah penterjemahan kertas kerja Yunani yang pertama hanya berlaku semasa zaman pemerintahan Harun al-Rashid ( 786CE- 809CE), lebih kurang 150 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W..

Karya-karya yang terawal telah didominasi oleh orang Kristian, disebabkan oleh ilmu pengetahuan mereka dalam bahasa Yunani dan Syriac(satu jenis bahasa Aramaic) melalui tokoh utama mereka, Hunayn Ibn Ishaq (meninggal pada 873CE). Beliau dikenali di Barat sebagai Johannitius. Adalah mustahil untuk meniru sesuatu yang masih tidak wujud.

Seperti yang kita sedia maklum, Nabi Muhammad S.A.W. merupakan seorang yang buta huruf. Hal ini bererti bahawa mustahil bagi baginda untuk membaca apa-apa, apatah lagi membaca sesuatu yang ditulis dalam bahasa Yunani, sedangkan bahasa yang hanya diketahui oleh baginda ialah bahasa Arab. Pengetahuan tahap mikroskopik secara jelasnya adalah mustahil.

Bagaimana al-Quran dapat menjelaskan embriologi dengan begitu tepat, sedangkan ia diturunkan pada zaman tanpa mikroskop, malah, al-Quran dapat menjelaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan sperma dan ovum. Jika penjelasan sebegini tidak datang dari Tuhan, siapakah yang mampu memulakan semua ini pada 1400 tahun yang lepas?

Apakah kemungkinannya bahawa al-Quran itu menyerlah dari segi perbezaan jika dibandingkan dengan karya-karya lain pada ketika itu? Hal ini secara jelasnya menunjukkan bahawa al-Quran dan Hadith tidak pernah meniru apa-apa dari perubatan Yunani. Allah yang Maha Berkuasa memanifestasikan kuasa-Nya kepada manusia dengan menceritakan tentang ciptaan-Nya. Adalah sangat tidak layak bagi Yang Maha Mengetahui untuk meniru apa-apa jenis karya manusia, apatah lagi untuk meniru karya yang penuh dengan kesilapan.

Malahan dalam karya Yunani kuno, langkah pertama dalam proses kejadian manusia iaitu proses persenyawaan dijelaskan secara tidak betul. Bagaimanakah al-Quran, yang mengandungi penceritaan proses yang tepat, merupakan sesuatu karya tiruan daripada sesuatu yang silap dan salah? Hal ini menunjukkan bahawa tiada sebab untuk al-Quran “meniru” karya lain (kerana jika kita meniru sesuatu yang salah, maka sudah tentu kita akan salah juga).

Walau bagaimanapun, Al-Quran bukanlah sebuah kitab tentang embriologi yang kita boleh gunakan untuk belajar perubatan, tetapi al-Quran menyatakan fenomena alam untuk memberikan petunjuk tentang pengetahuan Allah dan kuasa-Nya untuk mencipta.

 Rujukan:
[1]Lorenzo Fiorin (2014 June 6), Hellenistic-Roman Medicine. Arab Medicine, Medieval Times Retrieved from http://pacs.unica.it/biblio/lesson2.htm
[2]Wellner, Karen, (2013, September 25), A History of Embryology, by Joseph Needham Retrieved from http://embryo.asu.edu/pages/history-embryology-joseph-needham
[3]Lopez, Angel, (2013, September 25), William Harvey Retrieved from http://embryo.asu.edu/pages/william-harvey
[4](2012 October 3), Fertility: The Facts, Retrieved from http://www.nhs.uk/Livewell/Fertility/Pages/Fertilitythefacts.aspx
[5] (2008, June 11), Ovulation moment caught on camera, Retrieved from http://news.bbc.co.uk/2/hi/health/7447942.stm
[6]Lawrence, Cera R. (2013, September 25), On the generations of animals, by Aristotle Retrieved from http://embryo.asu.edu/pages/generation-animals-aristotle
[7]Tzortzis, Hamza A. “Did the Prophet Muhammad Plagiarise Hellenic Embryology?”  Retrieved from http://www.hamzatzortzis.com/essays-articles/prophetic-studies/did-the-prophet-muhammad-plagiarise-hellenic-embryology/