Kekeliruan Teologi G25 – Bahagian 2

Kita masih lagi tidak habis membahaskan tentang buku yang bertajuk “Breaking The Silence” ini. Oleh sebab terdapat beberapa perbezaan dengan teologi Islam, hal ini akan memerlukan lebih banyak masa untuk dibahaskan. Penulis akan cuba untuk meringkaskan artikel ini dengan seringkas yang mungkin agar tidak berlaku kematian kerana kebosanan.

Kita akan lihat kepada falasi-falasi yang dilakukan oleh orang apabila ingin membawa agenda peribadi mereka yang tersendiri. Teks dan konteks kalam Tuhan ditafsirkan dengan pemikiran yang begitu sempit dan simplistik. Cara tafsiran sebegini tidak terdapat dalam  mana-mana mazhab disiplin ilmu Islam.

Berikut merupakan salah satu kenyataan berfalasi yang berkaitan dengan tiada paksaan dalam beragama:

a. Al- Quran dan Hadis yang mengesahkan bahawa Tuhan telah memberikan setiap individu hak masing-masing seperti hak peribadi (istilah yang digunakan adalah”privacy“) dan hak untuk tidak dipaksa dalam isu-isu akidah atau kepercayaan;[1]

Frasa berikut “…dan hak untuk tidak dipaksa dalam isu-isu akidah atau kepercayaan”  adalah amat menarik. Frasa ini sangat menarik kerana penulis buku tersebut seolah-olah mempunyai dilema antara menjadi seorang Muslim dan Islam versinya sendiri.

Dilemanya di sini adalah sama ada ingin mengikut ajaran Islam ataupun  kepentingan peribadinya sendiri. Rukun Islam yang pertama bagi seseorang Muslim adalah Syadatain ataupun maksudnya “2 kalimah syahadah”. Pertamanya adalah untuk naik saksi bahawa “tiada Tuhan selain Allah” dan yang kedua, “Muhammad S.A.W. adalah pesuruh Allah”.

Di sini terletaknya dilema tersebut, jika seseorang itu beriman kepada Rasulullah S.A.W., maka dia harus taat kepada ajaran baginda S.A.W. , seperti yang disebut dalam al-Quran:

Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!

[Surah Muhammad 47:33]

Maka, sang penulis buku tersebut yang mewakili pandangan G25 mendakwa bahawa tidak terdapat sebarang paksaan dalam urusan agama. Adalah jelas di sini bahawa idea tentang ketaatan yang dipegang oleh sang penulis tersebut tidak mematuhi apa yang disebutkan dalam al-Quran. Demi memperjelas lagi isu ini, mari kita lihat tafsir ayat Quran tersebut:

Dalam erti kata yang lain, kebaikan dan apa hikmah[kesan baik] amalan yang dilakukan hanya bergantung kepada ketaatan seseorang kepada Tuhan dan Rasulullah S.A.W. Setelah seseorang itu memalingkan dirinya daripada ketaatan[kepada Tuhan dan Rasulullah S.A.W] , maka tidak ada satu pun amalan baiknya yang dapat memberi sebarang manfaat[daripada amalan tersebut] kepada sesiapa pun.[2]

dan

“(Taatlah kepada Allah dan Rasulnya dan jangan hilangkan amalan-amalan baikmu[pahala])”. Hal ini telah menyebabkan mereka takut jika terdapat antara dosa-dosa mereka yang akan menghilangkan pahala mereka.” Juga telah diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar R.A, bahawa “Kami, para sahabat Rasulullah S.A.W. pernah beranggapan bahawa semua amalan-amalan kami akan diterima, sehinggalah Allah berfirman:

“(Taatlah kepada Allah dan Rasulnya dan jangan hilangkan amalan-amalan baikmu[pahala]” Maka, kami pun bertanya kepada satu dengan yang lain: “Apakah yang boleh menghilangkan pahala-pahala kami?” Maka kami berkata: “Dosa-dosa besar, kesalahan-kesalahan yang besar sehingga melayakkan neraka baginya dan kemungkaran.” Tetapi selepas itu,  Tuhan mewahyukan:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya).

[Surah An-Nisa 4:48]

Selepas ayat ini diturunkan, kami berhenti mengatakan [hal-hal] tersebut. Selepas itu kami terus berasa takut untuk mereka yang melakukan dosa-dosa besar dan kemungkaran and mempunyai harapan terhadap mereka yang tidak berbuat demikian. Maka, Tuhan memerintahkan hamba-hamba-Nya yang beriman untuk taat kepada-Nya dan Rasul-Nya, yang mana akan membawa kepada kebahagiaan mereka di dunia ini dan di akhirat. Dia juga mengharamkan murtad, kerana hal tersebut akan mengakibatkan amalan-amalan mereka dihapuskan. Maka Dia berfirman,

(Dan jangan hapuskan amalan-amalanmu.) yang membawa maksud, murtad. Maka Tuhan berfirman selepas itu pula,

(Sesungguhnya, barang sesiapa yang tidak beriman dan menghalang yang lain daripada jalan Tuhan akan mati sebagai golongan kafir- Tidak akan sesekali diampuni oleh Allah[3]

Seperti yang dilihat daripada 2 tafsiran al-Quran yang berbeza di atas, apabila seseorang itu ingkar, maka tidak ada amalan atau pahala yang kekal(amalan-amalan yang dilakukan sebelum itu dihapuskan) DAN sesiapa yang tidak beriman serta menghalang yang lain daripada jalan Tuhan tidak akan diampuni oleh Allah. Agaknya apakah motif G25 jika bukannya untuk menyelewengkan dan menghalang orang awam daripada Islam.

Islam adalah mengenai ketaatan kepada Tuhan dan Rasul-Nya. Bagaimanakah seseorang itu boleh menjadi seorang Muslim dan menafikan ayat-ayat Quran malah menyimpang dari maksud asalnya? Tuhan juga berfirman bahawa ketaatan kepada Rasul-Nya adalah seperti ketaatan kepada-Nya.

Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan).

[Surah An-Nisa 4:80]

Persoalan ketaatan terhadap Tuhan dan Rasul-Nya ini menjadi sangat jelas jika dilihat dari sudut linguistik. Mari kita lihat maksud perkataan yang digunakan dalam al-Quran bagi menyampaikan maksud “taat”. Perkataan yang digunakan adalah,”أَطَاعَ” (dibaca sebagai ato’), mari kita lihat apakah maksudnya dalam bahasa Melayu:

The word denotes obedience to what was commanded
Perkataan tersebut membawa maksud ketaatan
terhadap apa yang diperintahkan.[4]

Bagaimanakah seseorang itu boleh menyimpang dengan begitu jauh sekali daripada maksud yang sebenar dan mengatakan bahawa tiada paksaan dalam Islam. Jika G25 dibenarkan untuk terus berpegang dengan pandangan-pandangan sebegini, akan mengundang masalah kepada agama Islam. Hal ini demikian kerana cara-cara yang digunakan untuk menyimpang ke arah liberal turut digunakan oleh kumpulan yang mirip G25 seperti IS, Boko Haram dan lain-lain; rancang dahulu dan baru justifikasikan tindak-tanduk mereka.

Tindak-tanduk mereka bukanlah berdasarkan Islam akan tetapi tindak-tanduk tersebut dengan aneh sekali tetap “dijustifikasikan” oleh kejahilan mereka dan oleh golongan “ulama”. Rancangan dilakukan oleh mereka untuk segala tindakan yang dilakukan di mana akan dijustifikasikan dengan memilih ayat-ayat Quran dan Hadis secara di luar konteks yang sepatutnya. Hal ini bukannya bagaimana fiqh Islam berfungsi.

Semua tindakan yang diingini seharusnya mempunyai kayu ukur berdasarkan Quran dan/atau Hadis Nabi S.A.W. dan jika tindakan-tindakan tersebut tidak dapat dijustifikasikan(berdasarkan Quran dan Hadis) maka tindakan-tindakan tersebut seharusnya tidak dilaksanakan. Hal ini demikian adalah mekanisme yang sepatutnya, tetapi bukan bagi IS, Boko Haram dan yang seumpama dengannya.

Cara menyimpang yang sama juga digunakan untuk mentafsirkan teks-teks agama tanpa konteks. Seliberal macam mana pun G25 ini, cara yang digunakan untuk mentafsirkan al-Quran adalah sama dengan ekstrimis dan fanatik agama. Suatu cara yang digunakan untuk menjustifikasikan tindak-tanduk mereka dengan mengambil maksud teks-teks tersebut keluar daripada konteks asal.

G25 seharusnya bimbang dengan methodologi tafsiran mereka kerana ianya juga boleh melahirkan ekstrimis agama di hujung spektrum yang berlawanan. Akhir sekali, Islam adalah tentang ketaatan kepada Tuhan yang Maha Esa dan Rasul-Nya, jika seseorang itu mendakwa sebaliknya maka keimanannya adalah diragui.

Mentafsirkan al-Quran untuk memuaskan kepentingan peribadi adalah ibarat memanah dahulu, dan hanya melukiskan sasaran di mana anak panah tersebut berhenti. Hal ini hanyalah satu cara khayalan yang tidak ada kena-mengena dengan Islam mahupun disiplin ilmu Islam. Cara tersebut adalah cara yang sama digunakan oleh fanatik fundamentalis serta G25. Tuhan berfirman:

Dan katakanlah:” Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.

[Surah Al-Isra 17:81]

Perkara yang salah dalam kes ini seperti yang dipamerkan oleh G25 tidak mempunyai tempat dalam Islam kerana yang hak akan sentiasa menang ke atas kebatilan.

Wallahu’alam.

[1] Muka surat 29, “Breaking the Silence”, Marshall Cavendish, 2015

[2] Tafheem-ul-Quran, Abul A’la Maududi, Diambil daripada http://www.tafheem.net/tafheem.html, Surah Muhammad ayat ke-33, nota 40 on 19 Disember 2015

[3] Tafsir Ibn Kathir, Diambil daripada  http://www.qtafsir.com/index.php?option=com_content&task=view&id=2024&Itemid=103 19 Disember 2015

[4] Edward William Lane’s Arabic-English Lexicon, Volume 5, muka surat 1891, Diambil daripada  http://www.studyquran.org/LaneLexicon/Volume5/00000176.pdf 19 Disember 2015