Ilmu Perbandingan Agama

Da'wah Islamiyah

Da’wah Islamiyah

Ilmu Perbandingan agama sebagaimana yang dapat digarap dari maksudnya adalah ilmu membandingkan kepercayaan (teologi), feqah dan moral. Ia bukanlah sesuatu yang baru, tetapi sudah wujud sejak sekian lama. Paling tidak ia telah wujud di persada cendekiawan dan ahli fikir.

Salah seorang ahli perbandingan agama terkenal merupakan Dr Zakir Naik, bukan dia seorang sahaja yang terkenal sebagai yang sedemikian, malahan sebelumnya merupakan Sheikh Ahmad Deedat. Malahan sampai kini terdapat makin ramai ahli perbandingan agama yang mengkhususkan diri dalam bidang ini. Bidang ini wujud malahan sejauh zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi.

Sebagaimana yang ada di dalam Alquran,ia membandingkan di antara agama islam, yahudi dan kristian. Oleh itu ini merupakan satu contoh terbaik buat kita ikuti. Satu rangsangan untuk kita agar menghayati bidang perbandingan agama dan bercakap benar. Quran menyebut:

“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”

Surah Al An Aam 6:108

Tiada siapa dibenarkan menghina agama lain. Lantaran itu ilmu perbandingan agama mestilah dilakukan dan diwar-warkan dengan teliti dan tidak menghina agama lain. Sekiranya seseorang yakin dengan agamanya maka tiada apa yang perlu digusarkan.

Nabi s.a.w. telah berjumpa dengan pelbagai ramai orang dari pelbagai kepercayaan seperti orang yahudi, penyembah berhala dan lain-lain. Ia satu tradisi nabi junjungan s.a.w. untuk menjawab soalan secara ilmiah dan dengan cara lebih baik dari apa yang dipersoalkan.

Nabi Muhammad s.a.w. malahan pernah mengajak rombongan Kristian dari Najran untuk tinggal di masjid sempena memenuhi permintaan perbandingan agama. Satu perbahasan dilaksanakan di masjid itu sendiri di antara mereka. Diskusi dilakukan dengan ilmiah dan secara hak dan benar.

Tujuan bukanlah untuk mencari pemenang tetapi mencari kebenaran. Kebenaran dari pihak Islam mahupun pihak yang dijemput untuk berbahas. Diskusi sebegini adalah sihat dengan syarat tiada pengikut yang keterlaluan mengambil bahagian dari pihak masyarakat umum.

Untuk mempromosikan keharmonian di kalangan masyarakat kita acara perbandingan agama sebegini patut dialu-alukan. Ia memberi peluang untuk semua orang dari pelbagai lapisan masyarakat mengambil bahagian berbanding  dengan hanya seorang wakil bercakap untuk masyarakat lain. Ini akan membenarkan semua orang mengambil bahagian menceritakan pandangan masing-masing dalam suasana yang adil.

Beberapa organisasi yang melakukan ilmu perbandingan agama ialah:

Global Unity Network

Intellectual Wisdom Society

Islamic Information and Services Foundation

Hidayah Centre Foundation

Islamic Outreach Abim

Multiracial Reverted Muslims

Pertubuhan ini sering menganjurkan kursus dan acara perbandingan agama melalui fesbuk dan umat Islam digalakkan hadir. Ia memberi penerangan tentang ilmu perbandingan agama dan memberi banyak penerangan tentang agama lain. Memahami agama lain akan meningkatkan keharmonian kaum.

Islam adalah agama yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kejahatan, dan menyakini Tuhan itu hanya satu. Firman Tuhan:

” Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji)..”

Surah Al Imran 3:110

Dan di tempat yang lain:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.””

Surah Al Nahl  16:125

Sebagai rumusan adalah baik sekiranya perbincangan perbandingan ini diadakan. Dan ia mestilah dilaksanakan mengikut garispanduan tertentu agar tiada timbul huru-hara dan kebencian. Kami menanti lagi di masa hadapan acara perbandingan agama.

Sekian Wallahuálam.

 

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedintumblrmail

youtube