Adakah bentuk bumi seperti telur burung unta?

Banyak orang yang mendakwa bahawa bumi kelihatan seperti telur burung unta. Maka bumi sepatutnya tidak simetri/seimbang dari segi bentuk di garisan khatulistiwa. Kedudukan kutub utara akan jadi lebih jauh dari garisan khatulistiwa berbanding dengan kedudukan kutub utara dengan andaian, bahagian yang lebih “tajam” menghala ke arah atas seperti dalam bekas telur.

وَالْأَرْضَ بَعْدَ ذَٰلِكَ دَحَاهَا
“Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya)” [Surah An-Naziat 79:30]

Tiada planet,asteroid, meteor dan komet yang dijumpai mempunyai bentuk yang sedemikian; jika ada maka bukankah pelik bentuknya itu? Hanya kerana perkataan telur burung unta dalam bahasa Arab adalah “dahwa” atau “دحوا”. Manakala perkataan yang digunakan dalam al-Quran adalah “dahaha” atau “دحاها”. Hanya kerana dua perkataan mempunyai sebutan yang hampir sama tidak bermakna ia mempunyai maksud yang sama.

Perkataan “telur burung unta” tidak disebut dalam Quran. Hal ini tidak bertepatan dengan planetary physics untuk sebuah planet mempunyai bentuk telur. Mari kita lihat ayat tersebut dan maksud perkataan “dahaha” atau “دحاها”

دَحَىٰ (daḥā) -mengembangkan
Kata akar:د ح و (dāl ḥā wāw) :Untuk melontarkan, menyebarkan, mengembangkan, meregang,membuang, melanjutkan,

Maksud di atas mungkin bermaksud pemisahan benua-benua yang ada sekarang daripada benua yang asal(dinamakan: Pangea). Hal ini dinamakan Hanyutan Benua(Inggeris: Continental Drift) yang menyebabkan terjadinya gunung, benua, pulau dll.

Akhir sekali, perkataan “dahaha” atau “دحاها” adalah kata kerja dan bukannya kata nama. Terdapat banyak teknik retorik yang digunakan dalam ayat ini namun tiada yang merujuk kepada telur burung unta.

Wallahua’lam.

Rujukan:

1]QuranWorks. (2014) Bayanul Quran (3.03) [Mobile Application Software], Retrieved from http://itunes.apple.com
[2]Mokrane Guezzou, Pg. 835, Tafsir Ibn Abbas Great Commentaries on the Holy Quran, ISBN 9781891785177